nampak gayanya usaha saya mendapat perhatian daripada rakan2 yang lain dalam usaha untuk mewujudkan major BM di universiti saya.... Semoga usaha kami ini akan mendapat perhatian daripada pihak yang berkenaan. Sebagai seorang mahasiswa, kita harus berani untuk bersuara tentang hak kita mendapat ilmu pengetahuan. Mengapa kita tidak menganggungkan bahasa malaysia di setiap universiti?? Haruskah kita meminggirkan bahasa kebangsaan kita?? Dunia semakin maju, dan kita tidak sedar bahawa negara kita ini di dalam proses untuk dijajah semula......Cuba kita fikirkan, dalam ekonomi negara kita, telah dikuasai oleh negara luar. Saya tidak mahu menyatakan negara tersebut, namun anda mungkin tahu tentang hal ini.... saya tidak mahu, jika sistem pendidikan juga dikuasai sepenuhnya oleh bahasa asing.... cuba kita menjadikan negara Jepun sbagai contohnya, bahasa kebangsaan mereka masih kekal, malahan mereka majoritinya tidak begitu faham dengan bahasa selain daripada bahasa ibunda mereka.... Di manakah istilah Mother Tongue di negara kita...?? Sama2 kita fikirkan.....
ermzdaydek
9 years ago





.jpg)










0 comments:
Post a Comment